"Ramadhan bulan penuh keberkatan dan keampunan"
We plan what best for ourself BUT Allah decides what best for everyone...I believe
Tuesday, August 25, 2009
Kisah Ramadhan lagi
Monday, August 24, 2009
2 hari puasa
Day 3 Ramadhan...malam tadi rasa lena sikit tido. Sedar2 je sume orang dah nak abih sahur. Sue still tak berkesempatan nak join semua bersahur. Sementara tggu shahrin bersiap nak balik Sabah sue tak tido pun. Lepas solat subuh, Shahrin terus nak gi KLIA dengan abah. Salam, cium pipi & dahi, peluk dia kuat2 pagi tadi. Nanti mesti rindu lagi. Tiap2 kali dia nak pegi mana mesti sue sedih. Tak boleh tgk dia pegi walaupun dah biasa camtu. Dia sorang je adik lelaki sue. Semalam masa accident dia tido kat belakang. Alhamdulillah dia takde apa2. Kalo tak mesti sue akan susah hati. Bila fikir2 balik, biarlah sue sakit asalkan dia takde apa2. Kepala still rasa sakit so sambung tido. Kul 07:52Am sue 'terjaga' pastu bangun mandi, makan bubur sikit, makan ubat dan baring balik. Tapi hari ni rasa dah makin baik dari semalam. Badan pun dah tak panas cuma kaki dan badan rasa sengal2 lagi. Perut je still pedih sebab gastric. Makan dgn tak makan sama jer rasanya. Petang tadi dalam tak sihat sempat gak call Allianz and few begkel panel tuk hantar kereta. InsyaAllah esok kena hantar jugak. Ingatkan dah okie tapi bila malam je dah mula sakit2 balik. Kepala rasa berdenyut2 jer. Kejap okie kejap dia mcm mencucuk. Sue tanak ingat benda2 yg menyedihkan, menakutkan atau apa2 yg buat sue susah hati tapi fikiran kita ni tak boleh dikawal. Sue nak lupakan accident dan kereta tu tapi still terbayang. May be akan take time tp hopefully by this week sue akan okie sepenuhnya. Kena kuat semangat sikit dan sue tau ada yg akan bg semangat tu. Time to rest..... 22:58PM@24/08/09
Sunday, August 23, 2009
Genap Setahun '22/08/09'
"Believes in Karma"
Friday, August 21, 2009
-- 810.7km/d --
On the way nak gi town mak suh call nik sbb dia tau nik tgh cuti kat penang skrg. Mula2 malas gak nak kaco dia tapi mak yg nak sgt cakap so layan la. Memang sah nik kat sini. Ajak jumpa kat komtar tp tak jumpa jln nak masuk parking. Last2 tggu nik tepi jalan pastu mintak dia bawak gi Padang Kota Lama Penang. Shahrin dan mak yg suggest tempat ni sebab tau sue suka tgk laut. Sambil lepak2 hirup udara petang yg panas dalam setengah jam, kami pun gerak gi JJ Queens Bay. Shahrin kata tgk laut dari sini lg cantik sbb leh nampak jambatan penang dari jauh. Mula2 tak dpt imagine tapi bila dah sampai...hhmmm...mmg cantik sgt!!! Kat sini bermulalah sesi bergambar 'ala gile2'. Hobi my bro is dia suka amik pict sambil melompat. Dan those picts menjadi dgn gayanya tersendiri. Best gak layan gambar camni. Dengan akk dia sekali naik 'tingtong'. After that, we went to JJ coz my mom nak cari sandle. Dah ada yg berkenan saiz plak takde! Takde rezeki namanya, then kami decide nak gi makan. Mak tanye mana nak cari "char kuey tiaw" paling best kat penang?? Mana sue nak tau. Fikir2 punya fikir....jeng3x!! Teringat kat abg jef, abg jef lagi! Kat KL cari dia...dah sampai penang pun cari dia (sure tensen bro nie). Abg jef slalu kata "kalo ada apa2 call je la, abg jef tak kisah. Abg jef kan abg". Haaa...kan sue dah cari bebetul. Abg jef kata ada satu tempat kat QB makan ikan bakar best. Katanya scenery pun cantik sbb leh nampak jambatan penang sambil makan. Sesat kejap tapi U-turn balik semata2 nak makan kat situ.
Fuuyooo...memang superb la scenery dia. Tempat makan yg sempoi tapi cantik. Sotong goreng tepung dia memang buat sue jatuh cinta, siap tapau lagi babe. Dulu penah sakit hati makan benda sama kat cherating. tapi kat penang mmg tak menghampakan. Lauk lain okie la, kalo tak sedap pun kira leh layan sbb tgk laut yg cantik. Kat sini banyak bot2 nelayan yg ntah dari mana. Sempat duk atas bot sambil amik gambar berlatar belakangkan jambatan penang. Sukeeeee sgt3x!! Cantiknya laut, bukit, langit dan semunya ciptaan Tuhan. Kalo dapat makan dgn org 'tersayang' kat sini lagi best kn. Layan makan sampai tak sedar dah dekat kul 21:00PM. Harga kat sini pun ok la, berpatutan.
Kesian shahrin sbb dia nampak dah tak larat sgt. Kami kena balik KL mlm ni gak sbb esok sue ada appmnt. Dia minum 2 gelas 'ali cafe' plus air teh o ais lagi semata2 nak hilangkan ngantuk. Tu laa....dulu orang dah suh cari kereta auto tak mau. Sombong nak cari manual jugak. Kan dah padan muka, kalo tak bley tukar pilot dgn akk dia. Shahrin kalo bawak kereta mmg la berhemah. Dia maintain 100-110km/j tapi kalo sue lebih skit tue. Tak sabar rasa tapi fikir dia penat biarkan je. Puas layan lagu kuat2 (dah mcm ada kat pusat karoke), tanya dia nak apa2 ke tak, layan borak sebab tanak bg dia tido. Dengan sue sekali takleh rehat. Dari penang ke KL berapa byk kali kami stop kat R&R sebab shahrin jugak. Elok2 patut leh sampai kul 12 kami sampai kul 01:35AM hari Khamis. Again sebab dia penat kitorang ikutkn aje. Sepanjang jalan balik sue amik video lampu2 jalan yg sgt cantik. Seronok jalan malam2 bila ada byk lampu. Harini 'baby' sentra shahrin jalan 810.7km/d.. Gila tak gilanye 3 beranak ni. Dari KL -> Perak ->Penang -> KL dengan satu pilot. Shahrin kata best buat keje gila ni. Sue pun rasa camtu. Dia kata nnt nak try gi tempat2 lain balik hari plak. InsyaAllah kalo ada masa, next time impian akan ditunaikan.
Itulah jauhnya perjalanan kami. Sampai sekarang sue still rasa happy sebab dapat gi sana. Walaupun jauh kat tempat orang, "hati" sue tetap ada kat KL jugak. Untuk jalan2 bercuti di penang, sure i'll come again tapi tuk tinggalkan KL mungkin tidak!! Best experience and wonderful journey. More picts will be uploaded kat fp. Alhamdulillah semua selamat sampai seperti biasa.
"Jauh perjalanan luas pemandangan. Pemandangan yang tenang membuat hati rasa lapang. Selapang lautan yang terbentang. Susungguhnya "keajaiban" ALLAH ini sangat indah"
" Lagi indah jika pengalaman ini dapat dinikmati bersama insan yg tersayang..."
"Ramadhan datang lagi" 2009
Bulan puasa tahun ni sama je kot macam tahun2 lepas. Abah akan berbuka sebulan kat masjid, Shahrin tahun ni berpuasa jauh kat Sabah, Ain plak masih puasa kat Melaka (bila nak abih belajar budak ni ntah!). Tinggal aa sue ngan mak berbuka 2 org kat umah. Kitorang sempoi jer, kalo mak malas masak kami gi baazar beli makanan. Masak pun kadang2 macam membazir sebab takde sape nak makan. Beli makanan plak bukan banyak sebab kami prefer share. "Sharing is caring" kan.. hihihi... Kalo mak rajin masak dia masak la ala kadar je. Sahur pun sama..makan gitu2 je asalkan bangun sahur. Tahun ni 1st time berpuasa sebagai tunangan orang tapi takde byk beza sgt pun. Status jer kot...yg lain still the same.
Esok 1st day puasa, mak ajak gi Melaka berbuka dgn ain sementara shahrin ada kat sini. Isnin ni my bro dah nak balik Sabah. Raya nnt pun dia takde kat sini...lagi la sedih. Kalo dia ada meriah skit sebab dia ni klakar dan tak reti bahasa. Suka menyakat mak dan adik kalo pagi2 raya (sedih la plak ha!!) Tapi as usual lagi..kami gi 4 beranak jer sebab abah bz kat masjid. Takpelah...tak rasa apa pun coz sume dah biasa camni. Tadi mak baru abih masak 'rendang ayam pencen' nak bawak kat ain esok. Tak sabar nak 'berbuka' esok. kahkahkah... =P
Tadi kat opis dorang buat makan-makan sempena nak sambut Ramadhan. "Potlucks" jer tapi bila dah kumpul2 jadi banyak sgt makanan. Sue bawak tangan ngan perut yg kecik. hehehh... =D
Kak Timah dan Kak Ani kata takyah beli apa dah coz nanti jadi membazir so sue diam je aaa. Sebelum balik tadi ada la wish2 selamat puasa dengan bro n sis kat situ. Tgk la isnin nanti cemana tenaga semua orang. Waktu masuk dan balik pun dah dianjak sikit sempena bulan puasa. Masuk kul 08:00AM dan balik 16:30PM
Semoga tahun ni kita akan berpuasa dengan lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Dan semoga puasa semua umat Islam akan diterima dan diberkati ALLAH S.W.T.... Harap sangat sue dan semua orang2 yg sgt sue sayang akan abih puasa tahun ni dan masih diberi kesempatan, kesihatan yg baik tuk bertemu Ramadhan tahun 2010. Aminn...
p/s: kalo sue ada buat salah, terkasar bahasa, tersilap kat mana-mana tolong la maafkan yea. tolong halalkan segala apa yg sue dah termakan/terminum/terambil (walaupun tak blh nak pulangkan balik.. hehehehh)
"Sambutlah Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan semoga dipenghujungnya nanti dipertemukan dengan kemenangan..."
Thursday, August 20, 2009
"Silap tgk laaaaa"
Call Kak Jah tanya nak gi opis dulu ke tak?? Dia kata takyah la, pergi je appmnt terus. Nasib baik la camtu kalo tak mesti dah siap2 apply MC harini...
Naik la balik rumah terus on my lovely "batu-bata". Sambil dengar lagu Kerispatih. 1st time terdengar dalam keta shahrin semalam terus 'jatuh suka'. Lagu band ni banyak gak yg best2. Ngantuk, sakit pinggang, malas... sume ada tapi taklah penat mana pun buat keje gila semalam. hehehh... layan dulu lagu ni, whole story for yesterday kita citer kemudian. Dekat 08:30 AM dah so kena siap2 turun balik. Nape la apmnt harini!? EEEeeeEEEeee.......
Kerispatih: Untuk Pertama Kali
Aku temukan lagi sebuah cinta
Di dalam aura hadirmu
Aku rasakan kelembutan hati
Di mimpi indah kasihmu
Kita bisa nikmati rasa ini
Walau segalanya jelas terlarang
Kita bisa saling menyayangi dan mencoba
Tak peduli keadaan ini
Dan untuk pertama kali
Cintaku terbagi
Dan ku ingin memilikinya
Dan untuk pertama kali
Ku sangkali janji
Dan bahagia mencintanya
"Mulakan harimu dengan satu senyuman, semoga senyuman itu bisa membuat
insan disekelilingmu jua merasa bahagia. Allah akan sentiasa membahagiakan orang
yang membahagiakan saudaranya sendiri..."
Tuesday, August 18, 2009
'Small doses of happiness'

Pretend like nothing happen...lets move to next story. Selalunya apa yg akan buat kita rasa happy?? For me bila dapat tgk org yg sue syg tersenyum dengan rela hati, tu akan buat sue rasa sangat bahagia. "Small doses of happiness" is about small2 things that happen in our daily life. Perhaps, it looks very small or not important to you but it may so meaningful to sumone else. Sumone that you LOVE! A simple word like 'thank you', 'please', 'sorry', 'love you', 'miss you' or even a 'smile'...may change our day. Talking bout myself, sue sendiri pun selalu lupa dan terlepas pandang benda2 sekecil ni. Sumtimes kita fikir, biarlah kalo tak cakap pun sbb mesti dia tau yg kita nak cakap TQ kan? Atau kita susah nak mulakan sesuatu dgn perkataan 'tolong' dan susah tuk say 'sorry' bila dah buat salah. Sebab kita rasa semua orang akan tahu isi hati kita. Kita assume benda tu nonsense. Just imagine if that things happen to yourself. No one say sorry after doing mistake and no 'tq' after you've done sumthing for them. Mesti sangat sedih atau ada sikit rasa marah. Sue susah nak say sorry tapi it depands on situations and dengan siapa yg sue kena minta maaf. Bit hard for me tuk say "i love u' or 'i miss u' kalo takde yg mulakan (takde kena mengena dgn ego). The good side is, i always say 'tq' to anybody yg tlg sue atau bila sue rasa perlu. Kadang2 kalo org bg masalah pun sue say tq. kahkahkah =D
Sue ni kadang2 pandai cakap jer tapi tak buat pun. Apa yang pasti when i love sumone, i'll try to say those words often and give them smiles. Let say, one day sue lupa tuk ucapkan these words please remind me to do so. Sumtimes sue lupa dan mungkin buat orang yg sue sayang kecil hati. Tapi percayalah...sue selalu nak orang yg sue sayang happy even not with me.
"Small doses of happiness" tuk sue is when dia 'senyum' sambil tgk mata sue (walaupun dari jauh), dia say 'thanks' kalo sue ada buat apa2 tuk dia (tak perlu byk kali pun), dia say 'sorry' bila rasa ada buat salah (walaupun selalunya silap tu datang dr sue sendiri), dia mulakan sesuatu with a word 'please' when im needed (memang sue selalu dgr word ni) and of coz when he says 'i love u' 'i miss u' (this is the most difficult part for me and im so sorry for that). Small things to you but definitely can make me smile for the whole day. Tq for making me smile =)
"Segala perkara baik yang
dilakukan dengan keikhlasan HATI, pasti akan dibalas baik juga oleh ALLAH.
Mengharap balasan dari manusia mungkin akan mendatangkan kekecewaan tapi
mengharap balasan dari ALLAH takan ada ruginya. Sesungguhnya DIA selalu ada
bersama kita walau dalam keadaan apa sekalipun. Janganlah bersedih jika rasa tak dihargai, yang penting kita menghargai diri kita sendiri..."
Monday, August 17, 2009
-Life is so unpredictable-
17:45pm - Hujan dah mula turun selebat2nya jam 17:oopm td. Walaupun langit nampak cerah tapi bunyi guruh tu cukup tuk buat hati ni lemah. Jalan nampak clear depan opis tapi sampai 'segitiga emas' jam gile. Pemandu2 yg selfish buatkan jalan jadi tambah sesak. Dah tau lampu nak merah jgn la halang jalan orang lain. Mood sue baik skit harini so sambil jam tu layan CD rock kapak la. Sampai depan KLCC, gambar kereta kat display depan tu dah kelip2!! Menandakan minyak dah kurang sgt. Cuak sbb jln tgh jam...matikan radio dan air-cond. Salah sendiri sebab tak isi awal2 tapi usually minyak takan kurang dr 2 calit. Tu dah jadi tabiat sue... tapi cemana leh lalai kali ni. Alhamdulillah... dalam pada takut tu sampai gak stesen SHELL carrefour. Time ni best...rasanya selalu isi minyak merah tp kat situ dia tulis 'HABIS'. Marah ada geram pun ada. So isi la rm10 buat syarat je. Tuju lak SHELL wangsa maju, time ni kepala lagi 'tingtong'. Yg ada V-power & minyak hijau. "Selalu aku isi minyak kaler apa ha??" (tanye diri sendiri tu). Menyesal gila tak isi sekali gus tadi sbb sue rasa mmg minyak hijau. Abih isi, call abg tanye selalu sue guna yg mana. Ada ke kata sue dah tua?? Abg kata memang hijau la, bukan merah! kahkahkah... memang weng sue harini. Tak cukup tido agaknya. Sampai umah dah almost 20:00pm. Penatnya rasa harini...
20:20pm - Sembang dgn mak pulak. Katanya dia tak blh terima kalo dapat menantu yang lebih tua dr my bro. Memang sue paham dari dulu dia tak suka sgt tapi td mak emo sgt.
Mak: Takde ke perempuan lain yg lagi muda?? Kenapa yg tua jugak?
Me : (mula2 sue diamkan dulu tapi....) Mak takleh cakap camtu, tak baik. Mak percaya jodoh tak? Dr dapat yg muda tapi takley pakai baik la yg tua skit.
Mak: Jangan ckp camtu blh? Mak tak suka. Awak tu suke ke kalo ada adik ipar lg tua dr awak? (of coz not if i've a choice)
Me : Tapi mak takleh cakap bukan2 sgt. Jodoh dia mana kita nak tau. Kadang2 Allah tu akan uji kita dgn bnd yg kita tak suka. Lagi kita kata benci lg DIA bg nnt. Kan mak sendiri pernah cakap camtu kat kak long! Bukan kak long suka sgt, cuma jgn cakap mak benci atau tak suka.
Sambil2 conversation td gelak2 jugak sbb tanak mak kecik hati. Sempat jugak nyakat dia.. "kalo anak perempuan mak dapat lelaki yg lebih tua camne plak??". Dengan selamba badak dia jwp "awak gatal cari yg lg tua buat apa". Both were laughed!! Mak kata anak2 dia semua ada perangai pelik2. Pada sue...apa2 pun doakan yang terbaik. Kita cuma merancang tapi tak tau apa yg baik in future. Sesungguhnya DIA Maha mengetahui. Sebab tu sue kata, mak ni kadang2 nmpk sgt 'open minded' tapi ada sesetengah benda yg dia tanak terima as fact. Sue doakan semoga adik2 yang sue sayang bahagia walau dengan siapa pun pilihan mereka.
Memang lucu la mak ni. Tapi dalam hati dia mst tgh tak tentu arah tue. hahahahh... =D
Life is so unpredictable kan abg??
Sunday, August 16, 2009
Kena kerja ker??

"Bila Allah menyembunyikan MATAHARI, kita marah lalu bertanya "mana perginya MATAHARI??". Rupa-rupanya disembunyikan MATAHARI dan diperlihatkan pula PELANGI yang serba indah. Oleh itu, janganlah kita bersangka buruk dan sentiasalah bersangka baik pada ALLAH kerana Kasih Sayang ALLAH mendahului Kemurkaan-Nya..."
Saturday, August 15, 2009
"The simpler the better"

"Dalam hidup terkadang kita lebih banyak
mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang
kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak
dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia"