On the way nak gi town mak suh call nik sbb dia tau nik tgh cuti kat penang skrg. Mula2 malas gak nak kaco dia tapi mak yg nak sgt cakap so layan la. Memang sah nik kat sini. Ajak jumpa kat komtar tp tak jumpa jln nak masuk parking. Last2 tggu nik tepi jalan pastu mintak dia bawak gi Padang Kota Lama Penang. Shahrin dan mak yg suggest tempat ni sebab tau sue suka tgk laut. Sambil lepak2 hirup udara petang yg panas dalam setengah jam, kami pun gerak gi JJ Queens Bay. Shahrin kata tgk laut dari sini lg cantik sbb leh nampak jambatan penang dari jauh. Mula2 tak dpt imagine tapi bila dah sampai...hhmmm...mmg cantik sgt!!! Kat sini bermulalah sesi bergambar 'ala gile2'. Hobi my bro is dia suka amik pict sambil melompat. Dan those picts menjadi dgn gayanya tersendiri. Best gak layan gambar camni. Dengan akk dia sekali naik 'tingtong'. After that, we went to JJ coz my mom nak cari sandle. Dah ada yg berkenan saiz plak takde! Takde rezeki namanya, then kami decide nak gi makan. Mak tanye mana nak cari "char kuey tiaw" paling best kat penang?? Mana sue nak tau. Fikir2 punya fikir....jeng3x!! Teringat kat abg jef, abg jef lagi! Kat KL cari dia...dah sampai penang pun cari dia (sure tensen bro nie). Abg jef slalu kata "kalo ada apa2 call je la, abg jef tak kisah. Abg jef kan abg". Haaa...kan sue dah cari bebetul. Abg jef kata ada satu tempat kat QB makan ikan bakar best. Katanya scenery pun cantik sbb leh nampak jambatan penang sambil makan. Sesat kejap tapi U-turn balik semata2 nak makan kat situ.
Fuuyooo...memang superb la scenery dia. Tempat makan yg sempoi tapi cantik. Sotong goreng tepung dia memang buat sue jatuh cinta, siap tapau lagi babe. Dulu penah sakit hati makan benda sama kat cherating. tapi kat penang mmg tak menghampakan. Lauk lain okie la, kalo tak sedap pun kira leh layan sbb tgk laut yg cantik. Kat sini banyak bot2 nelayan yg ntah dari mana. Sempat duk atas bot sambil amik gambar berlatar belakangkan jambatan penang. Sukeeeee sgt3x!! Cantiknya laut, bukit, langit dan semunya ciptaan Tuhan. Kalo dapat makan dgn org 'tersayang' kat sini lagi best kn. Layan makan sampai tak sedar dah dekat kul 21:00PM. Harga kat sini pun ok la, berpatutan.
Kesian shahrin sbb dia nampak dah tak larat sgt. Kami kena balik KL mlm ni gak sbb esok sue ada appmnt. Dia minum 2 gelas 'ali cafe' plus air teh o ais lagi semata2 nak hilangkan ngantuk. Tu laa....dulu orang dah suh cari kereta auto tak mau. Sombong nak cari manual jugak. Kan dah padan muka, kalo tak bley tukar pilot dgn akk dia. Shahrin kalo bawak kereta mmg la berhemah. Dia maintain 100-110km/j tapi kalo sue lebih skit tue. Tak sabar rasa tapi fikir dia penat biarkan je. Puas layan lagu kuat2 (dah mcm ada kat pusat karoke), tanya dia nak apa2 ke tak, layan borak sebab tanak bg dia tido. Dengan sue sekali takleh rehat. Dari penang ke KL berapa byk kali kami stop kat R&R sebab shahrin jugak. Elok2 patut leh sampai kul 12 kami sampai kul 01:35AM hari Khamis. Again sebab dia penat kitorang ikutkn aje. Sepanjang jalan balik sue amik video lampu2 jalan yg sgt cantik. Seronok jalan malam2 bila ada byk lampu. Harini 'baby' sentra shahrin jalan 810.7km/d.. Gila tak gilanye 3 beranak ni. Dari KL -> Perak ->Penang -> KL dengan satu pilot. Shahrin kata best buat keje gila ni. Sue pun rasa camtu. Dia kata nnt nak try gi tempat2 lain balik hari plak. InsyaAllah kalo ada masa, next time impian akan ditunaikan.
Itulah jauhnya perjalanan kami. Sampai sekarang sue still rasa happy sebab dapat gi sana. Walaupun jauh kat tempat orang, "hati" sue tetap ada kat KL jugak. Untuk jalan2 bercuti di penang, sure i'll come again tapi tuk tinggalkan KL mungkin tidak!! Best experience and wonderful journey. More picts will be uploaded kat fp. Alhamdulillah semua selamat sampai seperti biasa.
"Jauh perjalanan luas pemandangan. Pemandangan yang tenang membuat hati rasa lapang. Selapang lautan yang terbentang. Susungguhnya "keajaiban" ALLAH ini sangat indah"
" Lagi indah jika pengalaman ini dapat dinikmati bersama insan yg tersayang..."
No comments:
Post a Comment