Friday, December 30, 2011

Senyum, Ketawa, Ceria, Gembira

Senyum, Ketawa, Ceria, Gembira macam biasa tapi hakikatnya masih berduka. Memang la aku cukup kuat setakat hari ni tapi sampai bila lagi ntah harus bertahan. Apa yg tak kena dengan perut ni. I've a bad feeling bout all this tapi tak reti nk ckp ngan sape2 termasuk abg. Nak gi klinik pon tak tau nk habaq apa kat dokor tuh. Semua pon tak paham sbb aku pon tak paham diri sndiri.

Ya Allah dengan cara apa sekalipun, walau dimanapun tunjukanlah jalan apa yg terbaik buat ku. Tunjukkanlah apa yg mesti aku buat, kepada siapa harus aku tuju skrg ni??? Sesungguhnya setiap sakit dan penyakit dalam diri manusia itu datang daripada-MU dan di atas keizinan-MU jualah ia boleh disembuhkan. Tiada lain yg MAHA BERKUASA selain dari-MU ya Allah.

Aku mohon dengan menadah dua tapak tangan kecil ini agar KAU tutupkan kesedihan hatiku setiap kali KAU turunkan kegembiraan dan nikmat kepadaku. Aminn

Wednesday, December 21, 2011

Bulan kesedihan :(

Baru kejap ni baca update blog Dr Adilah. Sedih sampai bergenang kelopak mata ni. 4 tahun kawin dgn masalah period yg lebih teruk dr sue..memang citer dia menyedihkan. Bulan ni pon tetap takde berita yg boleh sue bgtau abg. Aiihh..sedey sgt ni. January 2012 ni genap 1tahun 8bulan kami kahwin. Apa salah sue agaknya. Dah la lately hati ngan perasaan ni lain macam je. Sue yg jarang ada rasa cemburu tiba2 jd sgt sensetif dgn mana2 perempuan yg abg mention walaupun kawan baik dia. Dulu sue tak mcm ni pon..sue blh dengar dan terima sbb sue yakin dgn diri sendiri. Tapi sekarang bila dah sedar sue ada kekurangan yg sgt2 besar sue jd takut. Betul ke sue takut??? Boleh ke abg tunggu lagi?? Kalau ye pon abg boleh tunggu cemana dgn family dia?? Perasaan cemburu ni bkn something yg sue sengaja reka. Sue cuba jd serasional mungkin dan fikir positif tp pelik bila hati ni tetap menafikan sesuatu. Abg kata semuanya sama, sue pon rasa takde apa yg berubah tp hati manusia siapa je yg boleh baca!! Mulut mmg boleh menafikan tapi hati sendiri paling susah nak dipuaskan. Abg penah cakap mcm tu kat sue. Napa sue tak blh happy mcm org lain!!?? Tapi org lain tu siapa? Siapa agaknya yg paling bahagia dlm dunia ni ye...

Banyak sgt dugaan lepas kahwin ni specially sejak 2 mggu lepas. Skrg pula mggu exam, nak baca buku pon kepala melayang ke tempat lain. Perut sakit, demam, selsema, batuk teruk. Hebat sungguh apa yg DIA berikan ni. Sampai sekarang sue selalu mengharap juga walaupun dah tau "takan" boleh jadi. Apa sue nak buat ni ya Allah