Friday, August 21, 2009

"Ramadhan datang lagi" 2009

Alhamdulillah...segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam. Dipanjangkan umur sue dan orang2 yg sue sayang tuk bertemu dengan Ramadhan tahun 2009 ni. Kejap sgt masa berlalu, kita semua akan mula berpuasa lagi. Malam ni dah start solat Tarawih dan pagi nanti insyaAllah semua akan bersahur. Kedatangan Ramadhan ni memang sangat ditunggu oleh semua orang Islam sebab ia cuma datang setahun sekali je. Tahun ni kita masih sihat dan diberi kesempatan untuk "bertemunya" tapi belum tentu tahun depan masih sama. Untuk sue, sedih lagi banyak dari happy kot... 1st ramadhan tahun 2009 akan disambut "gitu-gitu" jer. Takpelah kn...bukan mintak pun! =)

Bulan puasa tahun ni sama je kot macam tahun2 lepas. Abah akan berbuka sebulan kat masjid, Shahrin tahun ni berpuasa jauh kat Sabah, Ain plak masih puasa kat Melaka (bila nak abih belajar budak ni ntah!). Tinggal aa sue ngan mak berbuka 2 org kat umah. Kitorang sempoi jer, kalo mak malas masak kami gi baazar beli makanan. Masak pun kadang2 macam membazir sebab takde sape nak makan. Beli makanan plak bukan banyak sebab kami prefer share. "Sharing is caring" kan.. hihihi... Kalo mak rajin masak dia masak la ala kadar je. Sahur pun sama..makan gitu2 je asalkan bangun sahur. Tahun ni 1st time berpuasa sebagai tunangan orang tapi takde byk beza sgt pun. Status jer kot...yg lain still the same.

Esok 1st day puasa, mak ajak gi Melaka berbuka dgn ain sementara shahrin ada kat sini. Isnin ni my bro dah nak balik Sabah. Raya nnt pun dia takde kat sini...lagi la sedih. Kalo dia ada meriah skit sebab dia ni klakar dan tak reti bahasa. Suka menyakat mak dan adik kalo pagi2 raya (sedih la plak ha!!) Tapi as usual lagi..kami gi 4 beranak jer sebab abah bz kat masjid. Takpelah...tak rasa apa pun coz sume dah biasa camni. Tadi mak baru abih masak 'rendang ayam pencen' nak bawak kat ain esok. Tak sabar nak 'berbuka' esok. kahkahkah... =P

Tadi kat opis dorang buat makan-makan sempena nak sambut Ramadhan. "Potlucks" jer tapi bila dah kumpul2 jadi banyak sgt makanan. Sue bawak tangan ngan perut yg kecik. hehehh... =D
Kak Timah dan Kak Ani kata takyah beli apa dah coz nanti jadi membazir so sue diam je aaa. Sebelum balik tadi ada la wish2 selamat puasa dengan bro n sis kat situ. Tgk la isnin nanti cemana tenaga semua orang. Waktu masuk dan balik pun dah dianjak sikit sempena bulan puasa. Masuk kul 08:00AM dan balik 16:30PM

Semoga tahun ni kita akan berpuasa dengan lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Dan semoga puasa semua umat Islam akan diterima dan diberkati ALLAH S.W.T.... Harap sangat sue dan semua orang2 yg sgt sue sayang akan abih puasa tahun ni dan masih diberi kesempatan, kesihatan yg baik tuk bertemu Ramadhan tahun 2010. Aminn...

p/s: kalo sue ada buat salah, terkasar bahasa, tersilap kat mana-mana tolong la maafkan yea. tolong halalkan segala apa yg sue dah termakan/terminum/terambil (walaupun tak blh nak pulangkan balik.. hehehehh)


"Sambutlah Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan semoga dipenghujungnya nanti dipertemukan dengan kemenangan..."



No comments:

Post a Comment