Wednesday, May 7, 2014

Hebat ujian Allah :'(

Ini cerita Ahad lepas (4.5.2014) lepas balik dr honeymoon year-4 kami. Alhamdulillah everything went smoothly but of coz as usual ada goods n bads but that's normal i guess. Yg penting we've good times together. Abg mmg dah bgtau awal2 ms kt Penang lg yg ayah mntak kami jmp "kawan" dia yg katanya pandai berubat. Sebab hormatkan ayah, sue accept tp sue mmg da bgtau abg....asalkn bkn bomoh dan tak guna asap or anything yg salah i'll be fine! Abg kata dia sndiri tak tau tp pe salahnya cuba. Yes, for me why not kl utk kebaikan walaupon hati sue mmg tak sedap. Sue kenal ayah dr kak suhada n abg hafiz dan sue dpt rs akan ada something yg tak betul tp as i said im doing it atas dasar HORMAT.

Sampi je dekat tmpt tu ak terdengar org menjerit tp kata ayah dia tu tgh berubat jgk. Ak betul2 tak suka ms tu..ak takut! Masuk je dlm tempat tu asap penuh sampi sue dan abg tak selesa batuk2 tp abg relax lg. Ak bertahan tp dlm hati mmg da menyumpah dah. Org dlm bilik "ustaz" tu terpekik telolong buat dada ak sgt sesak. Susah nk bernyawa dgn asap serabut dgn org menjerit dan abg kata mmg creepy. Agak lama menunggu then sampailah giliran kami. Mmg mcm ayah ckp..."ustaz" tu Bangla/Pakistan yg dtg M'sia tuk bekerja tp ada sikit ilmu perubatan. Ak benci masuk bilik tu walaupun ditemani abg, ayah dan kwn ayah. Anak mata ak merayap sekeliling bilik tanpa satu senyum kat bibir. Pembantu "ustaz" tu pandang ak dgn pandangan tajam mcm paham ak benci dia. Sebelum proses perubatan bermula "ustaz" tu bg kwn ayah tangkal dan itu menambahkn benci ak!! Ak nk lari keluar masa tu tapi takde kekuatan (ak takut tp dlm hati ni dah ak pahatkan hanya Allah tmpt ak bergantung). Ak takan percaya selain Allah tambah lg bila ak sndiri nmpk bnd2 yg meragukan (tangkal n asap). Allah saja yg tahu betapa hati ak meronta utk cpt keluar. Ak tak blh melawan sbb ak tau kalo ak melawan semua akan jd makin rumit. Kata "ustaz" mulakan scan yg perempuan dan ak diminta duduk atas kerusi yg dia sediakn.

Bahagian bawah leher (antara rahang) ak dicekak kiri dan kanan dgn jari seorg LELAKI, BERTUBUH BESAR dan dengan KUAT dia menekan. Abg cuma duduk dan mampu melihat ak dalam kesakitan! Ya Allah hanya Allah yg tahu betapa ak tiada kekuatan utk melawan kerana lemah. Dalam hati ak hanya ada Allah dan mulut ni tak berhenti beristighfar. Ak cuma ingt yg aku hanya percaya pd kuasa Allah. Nak menangis tp air mata tak dpt mengalir, nk menjerit suara tak terkeluar, nak ak tegakkan kepala keadaan ak sgt lemah tp kuasa Allah jgk bila ak tiba2 dpt mengangkat kepala semula. "Sakit abg...syg sakit abg nmpk tak" kata2 tu cuma keluar dlm hati dan ak tetap tak menangis.

Tak ckup dgn kene cekik...kali ni pembantunya membakar something dan ak disuruh utk sedut asap tu DEPAN muka dan hidung sedalamnya. Tahun lepas dua kali terpaksa amik nebulizer in a week sbb tiba2 nafas sue tak berfungsi normally. Ini kau sengaja mcm nk bg ak mati!! Sue dgr sayup suara abg ckp "dia tak blh kena asap byk, pnah amik gas" tapi dgn slamber vongok tu jwp "jgn risau ini utk kasi dia baik bukan nk bunuh punya". Lagi diapaksa sedut lg ak melawan dan dpt few times tepis tgn dia. Lantaklah at least i stood up for my right kalo takde org lain nk stands for me. Dlm terpaksa ak disuruh meludah dan "buang" saka yg kononnya ada dlm badan ak ni. Ya Allah marah dan geramnya ak rasa nk penampar muka sorang2 dalam tu bila "ustaz" tu kata "dia ada SAKA dalam! ada benda duduk dalam dia punya badan" Astaghfirullahalazim.....Ya Allah apa kau merepek ni syaiton!!?? Kalau ak ada SAKA, kau org pertama yg ak suh saka ak tu telan biar org mcm ko TAK WUJUD lg dlm dunia ni.

Mula2 dia cekik sue tu trus dia cakap "ada benda dekat dia ni..saka!! Dia la PUNCA TAKDA ANAK, DIA PUNYA MASALAH sebab benda tu kacau macam nk halang!" Sabar suhada...ingat Allah byk2 truskan istighfar syg dan jangan nangis! (tu pesan hati ak yg dah meraung masa tu). Depan abg dan ayah dia cakap mcm tu mmglah sue patut sedih kan sbb sue perempuan. Tapi masa tu sue sedih sgt bkn sebab mulut puaka "ustaz" tu pon tapi lebih sedey sbb abg diam tak pertahankan sue. Abg duduk terdiam jer as if he didnt love me he never care for me. Sooo sad tp sue mungkin faham jgk keadaan abg yg tergamam sama masa tu. Kalau awk ada ditempat tu mst awk akan pertahankan org yg awk sayang kan dan sy sgt yakin bnd tu. Takpelah kalo dia nk salahkan ak tak boleh mengandung or wut so ever asalkan ak tak salahkan Allah. Dia tolak dan pukul perlahan badan ak smbil cakap "keluar!! knapa masuk dalam dia?? kenapa kacau dia??" Ak bluurr sape yg dia suh keluar ntah ak tak rasa ade syaiton kat situ selain dia dan pembantunya hahaha (gelak smbil nangis). Bila nampak ak tak respond and still nmpk cool trus dia alih citer kata benda tu tak bahay la kecik jelah. Kali kedua dia cekik ak tu ak bertahan macam yg pertama tp dihujungnya ak hampir kalah dan terpaksa sedikit mengerang smbil biji mata rs nak terjojol keluar dan menangis...masa tu dia lepaskan dan ak dapat kuatkan diri utk tegakkan kepala ak. Ak tau dia give up dan itu yg ak harapkan. Dia suka2ti dgn takbur kata lepas ni ak boleh mengandung, dia akan bg tangkal suh gantung kat pokok, nak bagi minyak sapu kat perut, suh minum air jampi hape jadah dia! I'll do it of coz in one small condition which is LANGKAH MAYAT AKU DULU!! Kalo ko kerat ak 18 sekalipon selagi dlm hati ak ada Allah ak takan buat benda2 kurafat tulah!!

Ak balik dan masuk kereta dalam keadaan masih TERKEJUT, TAKUT, MARAH, BENCI dan macam2 lg. Takdr words yg kuar dr mulut ni bila abg tanya "sakit ke syg?" SAKIT KE SYG??? Yang ak separuh nak mati kena cekik plus sedut asap tu tak sakit ker?? Itu cuma jawapan hati ak jer tak mampu terluah pon. Dengan ak mcm2 tokmoh penipu tu buat tp dgn abg dia sentuh sikit je trus kata "Dia ni takde masalah ok bersih, yg perempuan je skrg jadi punca masalah tak boleh ada anak" Kalau awk la dgr wife awk kena mcm tu apa yg awk rasa bgtau saya!?? :| :'((
Itu adalah kali pertama dan terakhir ak akan ikut ckp ayah dan abg tuk berubat. Selama hari ni ak cukup menjaga hati abg bila mak suruh sue dan abg jumpa ustaz (betul2 islamic bkn antu raya punya ustaz ok) sue akan ckp nnt padahal sue takut abg pk mak pandai2. Sue diamkan aje dan tak bgtau abg. Sue takmo abg terasa hati tp bila sampi turn sue apa abg buat?? Sue takut nk bgtau mak pasal bnd sbb takut mak salahkan abg dan ayah, takut mak fikir dan argue bukan2 sbb slama ni yg check doc sue sorang jer sedangkan abg tak. Doc dah kata rahim sue semua OK tp blum ada rezeki jer. Sue rela org salahkan sue jd punca kita belum ada anak. Tapi sue takan boleh terima kalau ada org ckp mcm tu psl abg sbb abg lelaki. Sekarang bukan masa utk salahkan sape2 pon. Kalau abg tak blh tggu abg kan lelaki ada cara lain tp syaratnya sue tak mahu berkongsi. Alhamdulillah abg tak paksa dan tak bawak masuk pon air dan minyak yg dia ambil haritu.

Semalam sue menangis sekuat2 dan sepuas2nya bila abg peluk sue sbb sedey dan sakit haritu masih terasa. Sue mntak abg janji janganlah biar org sakitkan sue lagi. Cukuplah sekali tu. Cukuplah ketahyulan yg melampau tu. Abg diam dan mengaku dia salah sepatutnya dia tanya dulu ayah macam mana cara perubatan tu. Takpelah benda da lepas walau smpi mati pon ak takan lupa bnd tu. Bulan ni period sue lewat lg dan setiap kali tu sue harapkan sue mengandung tapi masih bukan rezeki...Bulan ni belum tau lagi apa pon TQ Allah sebab ujian ini ak tau dan yakin bahawa KAU selalu ada dengan ak dan selalu kekuatan ak datang daripadaMU...... Sedey kenapalah manusia yg berpelajaran tinggi yg berkerjaya bagus masih lagi percaya perkara2 kurafat tu. Sedey bila melayu dgn senang ditipu pendatang asing. Ak belajar sains dan ada sikit basic silat...tempat2 yg dia sentuh tuh tmpt yg mmg melemahkan manusia dan utk bg manusia melawan. Org melawan bkn sbb ada makhluk halus dlam badan tp sebaliknya sebab sakit (susah bernafas/lemah). Tak sekolah punya manusia yg percaya "ustaz" penipu tu. Yang menipu vangang yg ditipu 100x vangang!!!! Bai....


No comments:

Post a Comment