Sunday, August 23, 2009

Genap Setahun '22/08/09'


Hari ni cuaca memang mendung je. Keluar rumah tadi lebih kurang kul 13:10PM. Singgah JJ dulu pastu isi minyak dan pam tayar. Exited nak gi melaka tapi have to prepare 'chenonet' biar dia dalam keadaan sihat & baik. OTW ke toll Sg. Besi hujan dah mula turun rintik2. Mak ada cakap cuaca mendung je time puasa ni. Then sue kata...baguslah sbb takde panas sgt. Mak kata plak...kalo duk umah memang sedap tido camni. Tiba2 hujan turun makin lebat. Sue always follow dengan jarak yg agak dekat dr belakang tapi bila rasa confident je. Ada masa bila tak yakin sue akan maintain jarak jauh sikit. Hari ni bawak kereta rasa cam tak sedap je. May be sebab mggu depan dah sampai masa kena service kot. Break tu yg rasa paling tak best...kena tekan dalam betul baru cengkam. Memang pesen Myvi ni lain macam skit so taklah rasa nak fikir sgt. Lepas toll Sg. Besi sumenya baik lagi tapi time hujan memang terasa jalan licin skit.


Benda dah nak jadi, kalo kita buat apa pun tak boleh elak jugak. Dalam 10-15km sebelum sampai Plaza Tol Seremban jalan jam sgt. Jalan licin & hujan buat cuaca nampak sikit kabur tapi still leh nampak kereta depan. Sebab tu time hujan sue prefer pasang lampu biar at least kereta/motor lain nampak kita. Kereta sue duk kat lorong paling kanan dan taklah laju mana bila jam. Dari jauh dah nampak kereta depan punya lampu break, so tekan break banyak kali sebab bila jalan basah takut nak break mengejut. Cuak jugak masa tu sebab rasa tayar kereta lari sikit. Confident sgt yg sue takkan langgar kereta depan tu dengan jarak yg ada. Tapi elok je berenti tiba-tiba......... (around 15:15PM) dengar bunyi tayar bergesel (ngilu sampai sekarang terasa) pastu "berdentum" sekali. Kuat gile dan memang rasa gegarnya. Masa ni kaki dah sejuk & gigil gila. Jalan tengah jam tapi terus bagi signal ke kiri jalan, tak tgk kereta lain main jalan je. Nasib baik dia berenti jugak. Shahrin yg tido pun terus terjaga. Dia keluar2 memang dgn muka garangnya terus tanya camne ni?? Mintak tlg shahrin amikkan gambar tuk bukti. Indian woman with her parents. Uncle tu terus tak cakap banyak, dia minta maaf. Kesian sgt tgk dia tapi sue panik yg teramat sgt masa tu. Tak dapat nak fikir apa2 except nak gi balai. Takut kereta tu takleh jalan pun satu hal jugak. Yang menyakitkan hati ntah mangkuk mana datang nak panggilkn kereta tunda la, mekanik la, nak tolong la konon2. Hangin betul ngn dorang ni coz takde lain dorang fikir nak cekik darah org je sbenarnya. Nasib baik jugak ada pacik peronda PLUS kat sana. Baik pacik tu... dia tolong kitorang tarik bahagian kemek yg kena tayar belakang 'chenonet'. Kalo tak tarik tayar tu sangkut dan susah nak jalan.


Masa tengah panik h/p ada kat tgn pun tak tau nak buat apa. Orang pertama yang sue fikir nak call masa tu is abg masri tapi tak blh. Mana-mana sue pergi pun rasanya sue selalu susahkan abg jef. Segan kadang2 nak call dia tapi this is really an urgent matter. Lepas tanya pendapat dia dan apa nak buat baru lega sikit. Tapi kaki still shaking dengan dada berdebar2 tak abih lagi. Takde rasa marah sgt sebab Nitia willing to pay everything and she admitted her own mistakes. Rasa sedih sgt tapi takleh nak nangis pun dan yg buat sue rasa sedih sgt-sgt ialah hari ni genap usia 'chenonet' SETAHUN dengan sue. Sue amik 'dia' 22/08/2008@Jumaat malam around 09:00PM dalam keadaan hujan renyai2 jugak. Hari ni 22/08/2009@Sabtu around 15:15PM dia kena langgar dari belakang dalam hujan renyai yg agak kuat. Sedih sangat coz this is the 1st time sue accident teruk and again...salahnya bukan berpunca dari sue!! Kadang2 cemana kita hati2 pun kalo dah ditakdirkan nak kena, akan kena jugak. Mula2 both sides decide tuk settle kat luar without any police report. Sue serahkan bulat2 kat Nitia coz dia kata lagi cepat dan senang kalo kita settlekan sediri. Lepas amik gambar both cars, contact num sume kami decide tuk teruskan perjalanan masing2. Suddenly dia call balik and said her bro suggested to do police report. For me okie jer coz i'm the "victim" today. We've to go to balai polis Seremban tuk lodge report.


Turn Shahrin bawak kereta sebab dia tau sue tgh panik masa tu. Kaki pun seram sejuk lagi. OTW ke sana jalan jam sgt lagi. Dan yang surprisenya bukan kami je accident. Tak sampai sepuluh minit lepas kami, ada dua kereta lagi accident dekat tempat sama tapi sebab tak teruk so i think both blah camtu jer. Tak sampai 1km dari tempat tu, ada 2-3 kereta kemek lagi teruk sebab accident jugak. For me ok la...memang sebab hujan dan jalan licin. Jalan depan sikit ada lagi accident dan kebanyakkan kereta tu proton, Myvi dan ada jugak Honda. Memang kawasan kemalangan la sini kot, masa tu jugak sue rasa sangat syukur sebab kereta sue masih okie dan still boleh dipandu. Kereta lain yg kami tgk semua kemek teruk dan mcm tak boleh jalan. Yang paling teruk hari ni bila tengok 5 deretan kereta berlanggar serentak. Kesian kereta kat tengah, depan kemek belakang remuk. Ada satu Myvi hitam and i think ownernya melayu. Depan Myvi tu remuk abih dan bumper belakang plak remuk dan tercabut!! Thank GOD sue dan family sume selamat dan boleh teruskan perjalanan. Sepanjang jalan sue fikir satu jer.. "things happened for reasons". Allah Maha mengetahui apa yg baik tuk kita. Sempat jugak call kak gie tanye pendapat dia sebab dia pernah ada history dilanggar jugak. Bila ada advice ni jadi lega sikit la...


Sampai balai polis Seremban lain plak ceritanya. Balai memang penuh hari ni cam ada pesta. Semua kes accident kat area yg lebih kurang sama (highway arah ke Selatan). Sampai je sana blh tgk macam2 jenis kereta yg kemek sana sini. Ada yg separuh hancur pun tak kira la kereta malaysia or kereta luar. Called nik tanya pendapat sebab dia pun pernah melanggar orang dan sekali lagi sue rasa nasihat dari semua tu berguna tuk buat sue hilang rasa takut. That was my 1st time buat report polis dan pengalaman ni takan dilupakan. Hampir 3 jam lebih kami duk kat balai, masa nak berbuka pun dah dekat dgt. Kesian mak dan shahrin la.. Jam dah kul 19:00PM cari baazar ramadhan and beli makanan. 1st day puasa 2009 berbuka dalam kereta. Semua redha jer. Sambil berbuka kami teruskan jugak perjalanan ke tempat ain. Dalam kul 20:20PM sampai umah ain. Penat rasanya bukan sebab drive tapi sebab tgk kereta jahanam camtu. Masa bawak rasa kurang sedap of coz dan setiap kali turun tgk bumper kemek...hancur luluh hati ni!! =( Nak pecut sgt pun takut bahaya sebab sue bawak mak dan adik. Bawak 2 nyawa lagi, so maintain je 105-115km/j. Dalam hati risau bumper belakang tercabut or tayar bocor tapi yakinkan diri sendiri yg everything is ok.


Lepas makan nasi sikit bawak ain gi Tesco Melaka beli barang, hantar dia balik pastu rest jap. My bro kalo dah petang mmg takleh harap. Dia cepat ngantok dan sebelum balik td dia dah lena kat umah ain. Nasib baik naik kereta sue kalo tidak mesti susah. Cadang nak bertolak dari Melaka sebelum kul 12 malam. Kul 23:40PM sempat cakap kejap ngan abg long pastu rasa senang hati nak drive balik sebab mata pun tak ngantuk. 23:50PM bertolak dari umah ain, dalam kul 01:30AM @ 23/08/09 kami selamat sampai rumah. Tu pun maintain 115-125km/j. Kereta sue kena tinggalkan kat masjid mintak tlg abah jaga sebab bonet belakang dah tak boleh tutup rapat. Ada possibility tuk alarm dia berbunyi kalo tiba2 longgar malam kang. Kalo kat tempat abah insyaAllah selamat sikit. Masa sampai tadi bumper dah makin jatuh, cemana pun esok kena bawak gi bengkel jugak. Perhaps it will takes few days tuk repair. Sue nak gi kerja cemana?? huaaaaa =(


Sebenarnya... sebelum ni memang ada niat bila umur 'chenonet' genap setahun, nak bagi dia pakai 'skirt'. Biar nampak lawa skit tapi tu cam main2 jugak la... kalo ada, adalah. Tapi tak sangka pulak memang dia mintak 'baju' baru. Sue ingat nak tukar bumper depan belakang dan pasang skirting tuk dia sebab dah alang2 buat. Mungkin lepas ni rupa 'chenonet' lain skit la kot. Hhhmmmm....semunya tak disangka tapi dah jadi pun. As long as ada report polis, sue dah boleh duduk diam la skrg. Nasib baik buat report tadi kalo tak mesti skrg rasa was2. Esok kita tgk nak buat apa pulak. Hopefully everything will be okie cam sebelumnya.


Inilah pengalaman pertama accident, nasib baik sue sendiri yg bawak. Alhamdulillah mak dan shahrin selamat. Pengalaman pahit di hari pertama Ramadhan. Sue anggap semua ni dugaan dan teruk mana pun kereta sue, rupanya ada lagi kerata yg lebih tak bernasib baik. Pengajarannya, lepas ni walaupun accident sikit baik buat report polis. Memang sue kesiankan orang yg kena bayar tu tapi have to think for ourself 1st. Kalo apa2 jadi nnt tu je lah blh jadi bukti. Syukur alhamdulillah, masih dipanjangkan umur tuk berjumpa hari kedua ramadhan. Walaupun dorang tak baca, i wanna thanks all yg tolong tadi. I wish masa sue perlukan dia...dia ada and i know that HE will always near me...

"Believes in Karma"


No comments:

Post a Comment