Wednesday, April 16, 2014

Nak ke tanak??

Nak buat takmo buat
Nak call takmo call
Nak tanya takmo tanya
Nak message takmo message
Nak start takmo start

Sekali fikir sume nk buat tp bila fikir balik yg "aku takan mampu tuk tunaikan apa yg aku katakan" so sume pon menjadi tak jadi! Buat apa kalau memulakan sesuatu yg akhirnya  akan menyakitkan?? Tambah bila menyakitkan org yg kita sayang. Sampai sekarang ak tak penah lupa pon yg kata2 seseorang tu nilainya sgt rendah kalau tak disusuli dgn perbuatan. That is my biggest fear!! Memikirkan kemampuan ak yg sgt terbatas jd biarkanlah. Fikiran ak setiap saat tak pernah lupa dgn apa yg "pernah ak ada" sebelum2 ni. Hati pula tak sedetik pon merasai ketidakwujudannya walaupun ia sedikit kosong dan merasai kehilangan. Lidah pula tak berhenti mendoakan yg terbaik buat dia. Susah kalau hati terlalu yakin tapi manusia hidup atas keyakinan yg disandarkan pada Allah.

Ak yakin apa yg ada masa ini adalah yg terbaik buatku. Ak yakin apa yg terjadi ketika ini ada dalam perancangan Allah sejak sekian lama. Ak yakin yg setiap perjalanan ini telah disusun rapi oleh Allah buat KAMI dan ini lah yg TERBAIK. Ak takan pernah putus asa mengharap apa yg ak ingin kan. Semoga dia juga begitu. Sekiranya dengan melepaskan sesuatu tu membuat kita bertambah "kuat" maka ak lepaskan. Ak mohon Allah REDHA kanlah hati ini (cakap senang kan like u feel NOTHING tp hakikatnya I felt EVERYTHING)


Sukanya ak dgn kata2 ni. PENSIL nya ada pada kita jd TULISNYA walau apa pon cerita tapi PEMADAM nya serahkanlah pada ALLAH kerana DIA maha mengetahui apa yg baik dan mudarat utk kita.....

No comments:

Post a Comment