Sunday, March 16, 2014

Zikrullah ubat untuk H.A.T.I

Ya ALLAH apa lagi yg lebih baik dan indah selain dr mengingati dan menyebut nama-Mu ya Allah. Bila teringatkan dia, zikir-zikir inilah yg jadi penenang dan peneman ak. Bukan sebab ak baik tapi banyak cara ak cuba tuk dapatkan dan fahamkan apa sebenar-benar ketenangan tatkala hati ni kesedihan dan kegelisahan. Finally...rupanya mendengar dan membaca zikir tulah yg paling baik. Sebelum ni ak pernah buat cuma mungkin tak ckup ikhlas dan mungkin ak buat kerana TERPAKSA. Tapi apa yg ak buat sekarang adalah kerana ak rela dan ini pilihan dari hati kecilku. Hati ni sgt terbeban dgn segala macam soalan yg takan pernah ada jawapannya. Untuk tak fikir dan terlalu sedih ak ingat pada-Mu ya Allah dgn harapan KAU bantu ak tunjukkan jalan terbaik buat kami. Ak selalu yakin semua yg terjadi pasti bersebab.

Allah bagi kita masalah supaya kita ingat pada Dia. Memang selfish manusia ni (ak lah tu) ingat Dia masa susah jer. Tidak buat masa ini....rasanya sekarang dlm keadaan apa pon ak akan teringat padaNya. Terlalu berat dosa ini, terlalu baik Allah pada kita sehingga Dia menutup semua aib kita supaya org lain tidak berasa benci dan jijik dgn setiap perlakuan kita. Ntah lah....dari bacaan ak kalau kita selalu berzikir dan mengingati Dia nescaya akan dikeluarkan kita dari segala masalah, dimudahkan rezeki dan urusan. Itu juga yg ak harapkn semoga ada jalan buat kami semoga tidak menyakiti hati sesiapa dan apabila telah dikeluarkan kami dr masalah itu jgn lah hati ni sekali-kali lupa pada-Mu ya Allah. Ak ingin terus dan selalu ingat pada Kekuasaan-Mu juga pada Kebesaran-Mu sebagai pencipta. Saat ak bersedih dan susah hati kau bantulah ak utk terus kuat ya Allah. Ak ingin mengungati-Mu dalam senang dan susahku, dalam tidur dan jagaku. Terima Kasih kerana tidak Kau buka aibku di mata manusia lain.

Kita lupa....ak lupa....ak kelihatan baik bukan sebab kebaikanku tapi sebab Allah telah menutup semua aib dan keburukan ak dimata manusia. Jika dihitung ntah apa kebaikan yg pernah ak buat tp kalau saja Allah membuka aib ku pada ketika ini mungkin aklah manusia paling hina dimata sesiapa saja yg mengenaliku. Ak tak minta perasaan seperti sekarang cuma apa yg termampu buat masa ni hanyalah berserah dan mohon terus dilindungi. Jangan kau dedahkan keaibanku Ya Allah supaya ak tidak dibenci.....biarlah ak tak kelihatan baik/manis di mata sesiapa pon asal saja Kau memandang ak dengan pandangan penuh KASIH SAYANG dan BELAS KASIH MU YA ALLAH

No comments:

Post a Comment