Friday, October 25, 2013

Cinta tu apa eh???

Kalau ditanya pada sesiapa pon apa makna CINTA...jawapannya pasti pelbagai. Takan ada SALAH atau BETUL bagi jawapan tuk soalan ni.

Ada org kata cinta tu bila kita asik terbayang wajah seseorang smpi tak blh tido, tak lalu makan and so on. Ada yg kata bila tanpa sedar kita tersenyum sendiri bila membaca msg/tulisan dari seseorang itu tanda2 jatuh cinta. Ada yg fikir cinta tu bila dua insan mengaku yg mereka ada rasa "something" dlm hati. Ada yg rasa cinta tu boleh datang dan pergi macam angin. Sebahagian org pula menafikan yg cinta sejati tu wujud sbb hati manusia sifatnya "fragile" mudah tertarik jika disentuh dgn kasih sayang. Mungkin ada yg berpendapat kita boleh sayang ramai org tapi cinta ttp akan ada satu juga. Apa yg banyak ak baca mengajar cinta tu tidak semestinya harus memiliki, cukup sekadar melihat org yg kita cintai bahagia. Tapi ada yg tidak
setuju dan menganggap kita harus berjuang tuk memiliki dan menakluki org yg dicintai. Ada quote yg berbunyi "Let it go and when it comes back to u then it's yours, if not it never be!" tapi masalahnya ada benda yg sekali dilepaskan ia akan berlalu begitu saja walaupun kita yakin ianya milik kita. Entahlah...apa pon banyak lagi sebenarnya mitos, pendapat dan hujah tentang CINTA yg pasti setiap individu tu unik.

Perkataan CINTA mudah tuk dilafaz, senang tuk ditulis dan sgt ringkas utk melambangkan perassan seseorang. Tapi tahu ke kita makna sebenar perkataan CINTA tu?? Ada yg rasa itu cuma beberapa huruf yg dicantum menjadi perkataan yg kosong. Time nk guna bg je pada sesiapa dan tarik balik bila tak perlu. Terpulang lah apa saja
maknanya bagi kalian tapi bagi ak itu satu perkataan keramat. Sekali kita gunakan impaknya sgt dalam. Dan yg paling byk ak belajar apabila sukar utk kita melafazkan CINTA sebenarnya cinta itulah yg kuat. Macam mana???? Pada ak manusia yg mudah melafazkan cinta semudah itulah juga dia akan melupakan cintanya. Cinta bukan perlu direka dan dibuat2 dengan sengaja tapi utk melafazkannya perlukan kita berfikir beserta kekuatan dari hati. Kalau tak dia akan jadi kosong. Itu cuma apa yg ak rasa jer...for u guys it might be different.

Pada ak cinta yg ada dalam hati ini cukuplah ak yg tau banyak mana dan
untuk siapa. Ade yg tak mampu ak luahkan tapi pada siapa yg melihat dgn sepasang mata kasar takan nampak apa yg tersirat kerana kamu cuma ingin melihat apa yg kamu percaya. Bukan melihat apa yg org lain sedang rasa. Ak mungkin takan meluahkan tp perbuatan ak sedikit sebanyak menjelaskan. Someone told me "action speaks louder than words" yes totally agree!! Ada yg kata ak tak cukup berusaha tapi ak juga cuba tak menjadikan keadaan lebih buruk dgn mempersoalkan sesuatu yg ak tak mampu jawap. Mungkin definasi berusaha tu terlalu luas. Sampai sekarang walaupun ak sudah berumahtangga susah utk ak cakap "sue sayang abg" compare dgn abg yg akan cakap setiap pagi setiap malam, setiap masa yg dia rasakan dia nk cakap dan kadang2 bila abg sibuk melayan TV, hp, lappy dalam keadaan tak
melihat kearah ak pon dia sempat bgtau "abg sayang sue". Sue sangat menghargai setiap perkataan dr abg. Kenapa ak tak lakukan yg sama???! Entahlah tp mungkin sebab pada ak hanya ckp bila kita betul2 rasa mulut yg melafazkan selari dgn hati yg ikhlas dan otak yg berfikir maknanya akan jd lebih besar lagi. Bila ak tak bgtau of coz abg takan tau tp hati ak tetap selalu tau. Dan yg paling ak hargai abg sentiasa percaya cinta dan sayang ak selalu buat dia. Ak sgt perlukan keyakinan dan
kepercayaan dia utk terus mencintai.

Ak manusia yg cuba berusaha menjaga hati mereka, menjadi yg terbaik dan memastikan ak takan hilang segala yg ada sekarang. Tapi satu yg ak asik fikir..mampu ke ak??? Kalau terpaksa mungkin apa2 boleh jadi kot eh


No comments:

Post a Comment