Aku panjatkan rasa SYUKUR yg tak terhingga padamu Ya Allah kerana 4 tahun bukanlah tempoh yg agak singkat. Tapi berkat kesabaran yg Kau berikan, berkat dari Rahmat dan Kasih-Mu maka harini habislah final exam paper untuk semua semester. InsyaAllah bukak sem baru nanti cuma tinggal FYP sebelum grad InsyaAllah yg dijadualkan pada awal tahun depan. Banyak org yg Kau pinjamkan dalam tempoh 4 Tahun ni dan sudah tentu abang org yg paling dekat dengan sue yg tak pernah berkira walaupun masa sue banyak habis untuk assignments and exams. Kalau tak disebabkan sokongan, support and understanding abang dah tentu2 sue takan dapat habiskan belajar.
Tak kurang juga Allah pinjamkan aku dengan rakan2 sekerja yg sgt memahami, baik hati dan tak berkira. Allah kurniakan kawan2 OUM yg tak kedekut ilmu dan saling membantu. Ayed, Abg Masri, Abg Jef, Sabri, Kak Maz and Hendra dorang semua mmg baik. Kwn2 FB dan BFF sue yg lain and also Ikhwan, Kak Zila sesungguhnya Allah je yg boleh balas jasa baik korang. Walaupun sue tak pasti apa result sem ni yg akan kuar sem depan tapi rasanya takde kot paper yg kena repeat (hopefully!)
Banyak sgt nikmat dan keberkatan yg Allah bagi tapi harini sue tetap lagi bersedih sebab raya dah nak dekat. Seronok tu mmg seronok tapi rasa malas dan takut nak mengadap org ramai specially saudara mara mmg ada. Sue blum boleh bagi apa2 gudnews tuk ma and ayah kat kampung. Mak dan abah maybe dah boleh tarik nafas lega sbb Ain insyaAllah akan bersalin bulan 10 atau 11 nnt. Walapun harini sue tau sue tak boleh buat semua org happy tapi hati sue tetap yakin Allah akan bagi juga kami zuriat tak lama lagi. Hati sue selalu pesan "jangan putus asa dan bersangka tak baik pada ketentuan Allah" Mungkin ini yg terbaik buat masa ni walaupun org lain tak faham takpelah. To be honest sue tgh sedih skrg tapi apalah yg mampu kita buat selain berdoa dan terus berharap yg baik2 daripada Allah. Cukuplah bagiku ya Allah...La-Tahzan
No comments:
Post a Comment