Thursday, May 24, 2012

Ameera

Haaa sape plak Ameera tu??? Jeng..jeng...jeng!!! Kat tv ada promo drama melayu yg menarik dan pelakon cam best jer. Ameera tajuk citer dia. Accidently hari ni layan TV3 plak pastu tgk2 harini 1st episod citer Ameera. Comel la Rita Rudaini ni belakon, ala2 manje gitu. I loike!! Baru tgk skejap da jatuh hati dgn watak2 drama tu. Tiba2 sedey bila sampai 1 part ni.

Macam dah tau jer jalan citer dia tp excited nk follow thru myTV3 lah jgk. Kalau weekdays mst tak sempat punya. Kisahnya Rita dan suami dia dah kawen 6tahun hidup bahagia tp ada plak member2 mulut longkang bergurau tak kena tempat. Plus mak mertua Rita yg sibuk suh anak dia kawen lain sbb nk cucu la tuh. Adoi nak sedey ke tgk citer ni??? Tapi sonok tgk watak Shamsul Yusof sbg suami yg sgt taat dan cintakan isterinya walaupun takde zuriat.

Aiihh..persoalannya
Wajib ke semua org yg berkahwin tu tuk ada zuriat??
Perlu ke kebahagiaan sepasang suami isteri tu diukur melalui berapa
ramai anak2 mereka??
Patut ke seorang lelaki berkahwin lain kalau isterinya tak mampu melahirkan zuriat???
Bahagia ke seorang isteri yg mengizinkan suaminya berkahwin lain semata2 kerana zuriat??
Patut ke seorang isteri melepaskan suaminya untuk melihat dia bahagia kerana zuriat???

Haaa..kalau hebat jawap la!!! Jangan nak salahkan takdir wahai lelaki jika anda mmg ingin berkahwin lain! Wanita pula jangan menafikan yg poligami tu salah atau haram! Sekali kita menyalahkan pasangan kita bermakna kita menyalahkan Allah atas takdir hidup kita. Semua yg jadi selalunya sebab itu pilihan kita..mungkin sgt sedikit yg terjadi dlm hidup ni memang betul2 bukan atas pilihan kita (admit jgk la) BUT mostly mmg sebab kita sendiri.

Conclusion, "sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti bersebab TAPI jangan mencari sebab untuk sesuatu itu terjadi dalam hidup kita" Nampak sama tapi sebenarnya itu adalah dua ayat yg sangat jauh perbezaannya. Tak faham?? Kasi paham sama-sama ehh


With Love,
Suhada :)

No comments:

Post a Comment