Apa salah aku ya Allah??
Apa salah suamiku??
Apa kah dosa kami terlalu besar berbanding orang lain sehingga kami diuji sebesar ini??
Aku selalu yakin dengan ketentuan dan kuasa-Mu ya Allah tapi itu mungkin takan menjamin org lain untuk berfikir yg sama. Apa yang kami nak itulah yg Kau "tidak berikan" lagi tapi bukan semuanya. Ada sebahagian impian aku telah kau perkenankan tapi memang lumrah manusia tak pernah rasa puas.
Apa yg abg cakap harini bkn benda baru dan sikitpun aku sebenarnya tak kecil hati. Siapa jer yg kawin tapi taknak kan zuriat?? Kalau ada org mcm tu mmg bodoh sungguh la mereka!! Selain drpd rasa kecik hati ada perasaan lain yg buat aku diam dan berfikir sendiri malam ni. Abg ingat sue diam sebab marahkan abg. Biasanya memang sue diam sebab marah tapi bukan malam ni. Sue tanya abg berapa lama abg sanggup tunggu tuk dapat anak tapi abg diam. Abg cakap abg sayang sue. Itu bukan jawapan dan abg buat sue fikir lagi jauh. Sayang jer tak cukup dalam hidup ni tapi kasih sayang tu lah sebenarnya asas dalam sesuatu hubungan.
Wajib ke pasangan yg berkahwin tu ada zuriat?? Aku pun tak pasti apa jawapannya. Tapi apa yg pasti perkahwinan itu tujuannya untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Jauh dari tu.. adalah untuk meneruskan zuriat dan keturunan Adam.
Tapi perasan tak kita bahawa bukan manusia yg tentukan semua tu??! Kita manusia boleh merancang untuk dapat 5 atau 10 org cahaya mata tapi kita tak ada kuasa untuk mencipta janin dalam rahim, meniup roh pada jasad atau menghidupkan sesuatu yang mati!!
Kalau aku diberikan kuasa tuk menentukan masa depan kami.. aku pilih untuk ada 4 org anak, 2 lelaki dan 2 perempuan, tentukan mereka cukup sifat, sihat, cantik, hensem, bijak dan macam2 lagi tapi aku manusia. Mana mungkin aku punya kuasa seperti tu!!!
Susahnya untuk buat orang lain faham. Bukan aku minta takdir aku macam ni. Aku tak pasrah ya Allah.. Aku tak pasti samada aku redha atau tidak... Tapi yang pasti selagi aku mampu untuk bertahan aku akan terus bertahan ya Allah
No comments:
Post a Comment