Monday, October 3, 2011

Welcome to our family -Chacha-

my name is Chacha =)

Alhamdulillah.... hajat nak memelihara seekor anak kucing dah dimakbulkan. Baru dapat anak kucing dah seronok erk!! Kalaulah dapat anak sendiri nanti lagi lah seronok-ronok dan itu sangat pasti. Aiihhh....takmo jadi kuat dan ye..... masih berasa sedih kerana doa kami belum termakbul. Sampai skrg sue kecil hati bila tgk kenapa org lain Allah kurniakan dengan zuriat sedangkan bagi kami sangat susah. Saya bukn menyalahkan takdir apatah lagi mengatakan Allah tidak adil (cuma hati sedikit sedih, itu jer)

Almost a week chacha tggl dgn kami. Masa sue ambil chacha abg mmg dah izinkan sbb byk kali sue pesan kat abg "nak jaga anak kucing sama macam jaga baby". Abg paham dan tak cakap banyak sbb abg pon suka kucing. Malam sue ambil chacha abg tak ikut tapi Alhamdulillah la selamat jugak sampai rumah. Sebelah tgn pegang stering sebelah tgn lagi jadi bantal chacha sbb dia takmo duduk dalam kotak terpaksalah sue ribakan dia all the way balik banting. Manja kan...... sampai je kat rumah dia main2 jap pastu penat. Letak dalam cage dia bising (nangis kot) so kena keluarkan letak dalam rumah. Antara sue dan abg chacha duduk then tertidur. Just imagine camne nak angkat baby supaya dia tak terjaga dr tidur camtulah sue angkat chacha. Slowly, quietly and gently bawa chacha masuk cage letak dlm kotak dia. Its like having a real baby!!

Start dr malam tu chacha jd penghibur hati kami. Dua tiga hari lepas tu abg mula wat banyak research psl kitten, abg baca banyak blog dan forum. Terharu gile kot... sue ngaku sue selalu bela kucing dulu tapi tak pernah la nk kaji macam2 sbb sue rasa senang. But abg is totally different sbb abg akan cari apa je info sampai dia puas hati. Rupa2nya banyak bnd yg sue sndiri tak tau sbb i thought kitten and cat is the same! Its totally different yaw! Abg yg ajar dan bgtau sue apa info baru yg dia dapat.

Last Friday bawa chacha gi vaksin kat klinik. Abg yg pegang chacha, abg yg tanyer macam2 kat doc, abg yg buat sumenyer tuk sue. Sbb abg tau sue suke tapi abg takan cakap dia sayang chacha. I know u abg..... cara abg jaga dan layan chacha buat sue rasa sgt88x terharu walaupun abg tak ckp abg sayang chacha its ok dear. Lately we talk alot about chacha...even carikan chacha makanan dari satu pet shop ke satu pet shop lain sampai lewat malam. Abg kata abg tanak bg chacha makanan komersial sbb chacha kena makan makanan premium baru elok. Dari tak tau brand elok tuk kitten sampai dah pandai la sikit skrg. Doc kata sue tak blh ada direct contact dgn 'poopoo' chacha so abg yg kena buat kerja itu. Makanan chacha pon skrg abg yg gaul dan buatkan based on apa yg abg blaja dr internet. Kerja sue??? Main dan tengok2 kan chacha la. She's so very naughty laaa....suke menggigit, lompat sana sini, cakar2 dan doc pon cakap she will be spoiled one day! Macam org yg ada anak sorg jer..kan nnt spoil budak tuh, gitulah.....

Dalam hati sue cakap kalaulah abg ada anak mst abg akan sangat sayang dan sanggup buat apa jer. Sedih campur happy tgk abg then tiba2 dalam hati sue terdetik something. Kalulah sue yg jd penyebab kenapa abg belum ada zuriat skrg, harap2 Allah berikan kekuatan tuk sue lepaskan abg. He has a talent and noble heart to be a very good father one day. Macam abg sayangkan sue skrg. Semoga Allah tak menguji kita dengan ujian sebesar itu kan abg. Tiap2 hari sue akan say thank you kat abg and Thanks again sbb buat sue happy & bahagia :)

Buat masa ni chacha yg je yg kami ada.... dan semoga Allah memakbulkan impian kami. Aminn~

No comments:

Post a Comment