Tuesday, July 5, 2011

Ini jalan hidup kita

"Cukuplah bagiku ya Allah...sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat diserahkan segala urusan".

Setiap kali sue rasa sangat terbeban dengan masalah yg ada dalam hidup ni pasti sue akan tanya kenapa Allah takdirkan itu untuk sue. Hampir putus asa semalam, hampir sue menyalahkan takdir yang seolah-olah 'mempermainkan' kita. Siapa yang minta untuk menyakiti hati orang lain dalam hidupnya, takkan ada satu manusia pun dalam dunia ni yang dengan sengaja membiarkan orang yang dia sayang merasa kesunyian, tak ada orang yang nak dirinya dibenci oleh orang lain. Tapi hakikatnya dalam hidup ni kita memang selalu akan menyakiti dan disakiti.

Bila kita buat keputusan untuk memberi hati ini pada seseorang, kita sebenarnya harus bersedia untuk disakiti. Kita cuma manusia biasa yang merancang untuk membahagiakan orang lain tapi hakikatnya bahagia bukan sepanjang masa. Kita selalu berfikir untuk membuat orang tersayang bahagia, tak mahu dia disakiti... hakikatnya kitalah yg sebenarnya paling banyak menyakiti hati orang yang kita sayang. Ada masa kita akan diuji dengan macam-macam cara yang kita sendiri tak pernah terfikir.

Kalau hari ini Allah mengizinkan sue untuk memilih apa yang sue inginkan dalam hidup... mungkin sue takan mampu tuk pilih apa yang terbaik buat semua orang. Mungkin pilihan sue tu akan menyakitkan hati ramai orang. Sue tak pernah minta semua ni jadi tapi hari ni ia terjadi dan kesakitan tu memang tak nampak dengan pandangan mata kasar manusia.

Terima kasih ya Allah dengan segala nikmat yang Kau kurniakan buatku dan orang-orang yang aku kasihi. Terima kasih kerana tidak meletakkan aku dalam keadaan harus memilih.
Terima kasih kerana selama ini kau hadirkan, temukan aku dengan orang-orang yang sangat hebat dan sangat baik untuk menemani aku dalam masa susah dan senangku.
Terima kasih atas kekuatan yang Kau berikan pada seorang hamba yang sangat kecil.
Terima kasih kerana menganugerahkan tubuh kecil ini dengan sekeping hati yang sangat besar dan penuh dengan rasa kasih sayang... Walaupun menjadi seorang yang penuh dengan rasa kasih sayang sebenarnya sangat menyakitkan.

Dengan izin Allah kita berjumpa dan pada suatu hari kerana Allah juga kita akan berpisah. Tak ada yang adil dalam hidup ni kalau kita menilai dari sudut pandangan manusia. Kita sentiasa akan mencari sesuatu yang terbaik tapi yang baik tu bukan untuk aku sekarang. Allah merancang sesuatu buat kita dan dengan hati yang sangat berat aku terima semuanya. Ini bukan satu pilihan tapi tanggungjawab dan amanah Allah buat kita. Allah jadikan setiap sesuatu itu bersebab walaupun kita tak tahu apa sebabnya, Allah jadikan semua yang ada di langit dan di bumi ni cukup cantik dan indah buat manusia. Allah jadikan Matahari dan Bulan menghiasi langit-Nya... Jauh manapun kita cuba berlari dan terpisah hakikatnya kita masih melihat pada SATU kejadian yang sama.


-Sue sayang abang-

No comments:

Post a Comment