Aku panjatkan jutaan rasa syukur padamu Ya ALLAH atas nikmat2 yg KAU limpahkan sebelumnya. Aku tak lupa segala yg baik tu datang dariMU dan yg buruk itu dariku. KAU berikan bebanan yg KAU rasakan mampu utk aku tanggung. Tapi aku dah tak mampu Ya ALLAH. Bantulah aku....ringankanlah bebanan dihati ini, sembuhkanlah sakit dan lukaku. Apa yg aku rasakan ini aku tanggung sendirian Ya ALLAH kerana tak ada siapa yg akan memahami. Pada mereka yg hanya tahu berbicara, hati aku takan pernah mereka hiraukan kerana mereka tidak merasa. Mereka tiada ditempat ku Ya ALLAH tp aku berusaha tuk tidak menyalahkan sesiapa. Aku yakin apa yg KAU beri ini adalah yg terbaik tp kali ni aku tewas Ya ALLAH. Aku dah tak sanggup lagi. Bantulah aku untuk mencari jalan penyelesaian dan jalan keluar dr masalah ini.
Aku tak mahu menyusahkan sesiapa terutama suamiku. Dia yg paling aku sayang dan cinta...aku tak mahu dia susah hati hanya kerana aku Ya ALLAH. Mungkin aku tidak memberi apa yg sepatutnya dan bantulah aku untuk mencari kesempurnaan itu. Aku takan mampu hadapi semua ni sendiri Ya ALLAH. Jika KAU rasakan ini yg baik, maka tunjukkan aku hikmahnya Ya ALLAH. Agar aku tidak sesat dan menyalahkan takdirMU. Sedangkan aku tahu KAU lah yg MAHA ESA dan MAHA MENGETAHUI apa yg bakal berlaku dihadapan kami Ya ALLAH...
Tenangkan hatiku, berikan aku petunjukMU, lapangkanlah dadaku, bukakanlah mindaku untuk berfikir secara rasional dan matang, sembuhkan segala sakit dan penyakit yg aku ada, kuatkan aku untuk "berjalan" terus kehadapan Ya ALLAH....
Sesungguhnya aku hanya meminta dan hanya padaMU tempat aku mengadu Ya ALLAH....
![]() |
| Seindah alam yg KAU ciptakan buat kami yg bernama manusia...ciptakanlah jua Kebahagiaan itu dalam hatiku Ya ALLAH |
Kalau difikirkan kesakitan yg aku alami sekarang... memang aku harus bersyukur kerana masih banyak lagi orang lain yang sedang menderita sebenarnya. Aku cuma diuji dengan kesihatan yg sedikit kurang baik sedangkan mungkin pada masa ini juga ada orang lain sedang bertarung nyawa utk terus hidup.Alhamdulillah Ya ALLAH....

No comments:
Post a Comment